- Dana wakaf yang terkumpul akan diistibdalkan (ditukar) kepada aset kekal yang mendatangkan hasil atau manfaat.
- Aset kekal tersebut boleh jadi dalam bentuk pembangunan masjid, surau, premis perniagaan, perindustrian dan lain-lain.
- Hasil yang diperolehi akan diagihkan kepada penerima yang berhak sama ada dalam sektor kesihatan, pendidikan, agama mahupun sosial.
Istibdal (pertukaran aset) yang telah berjaya dilaksanakan:
- Membina surau Darul Akhyar di Asrama Anak Yatim Darul Akhyar, Batu Rakit.
- Membeli 4 lot kedai 3 tingkat di Batu Enam.